Skuad sepak takraw wanita negara menutup aksi regu berpasukan peringkat kumpulan Sukan Asia dengan kekalahan 3-0 di tangan tuan rumah, Indonesia, sekali gus gagal mara ke separuh akhir.
Selepas meraih kemenangan sulung menentang Jepun petang semalam, skuad kendalian Mohd Fikri Mohd Nor itu berhasrat untuk melakar satu lagi kemenangan apabila turun berdepan Indonesia
Pasukan kebangsaan membariskan regu pertama yang terdiri daripada tekong, Emilia Eva Natasha Saudia, apit kiri, Nurul Aqirah Mat Tahir, serta perejam, Rahilah Harun, untuk beraksi tetapi terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah apabila tumpas 21-19, 16-21, 8-21.
Malaysia terus hilang punca apabila regu kedua yang dibarisi Nurul Izzatul Hikmah Zulkifli, Siti Nor Suhaida Jafri dan Nor Farhana Ismail gagal memberikan cabaran sehingga tewas mudah dengan keputusan 5-21, 8-21.
Memasuki regu ketiga, Malaysia semakin longlai apabila regu yang mempertaruhkan Nur Liyana Ismail, Nur Fatihah Azizul dan Kamisah Khamis gagal untuk membutirkan sekurang-kurangnya satu mata buat negara apabila turut tumpas 13-21, 17-21.
Kekalahan itu bermakna Malaysia menamatkan cabaran di tangga keempat peringkat kumpulan B dan gagal layak ke peringkat seterusnya.
"Secara keseluruhan, bagi acara berpasukan ini, saya rasa kami boleh menang dengan pasukan yang ditemui, cuma kami tampak hilang fokus pada akhir permainan dan membolehkan lawan mengambil kesempatan," kata Fikri.
"Kalau mahu katakan mereka kuat, tidak juga kerana kami mengalahkan mereka ketika set pertama.
"Mungkin ada beberapa masalah yang perlu saya dan rakan sepasukan kaji untuk mengetahui punca tewas 21-5 dan 21-8," tambah Izzatul Hikmah.