Jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad, mendedahkan bahawa pemainnya, Muhammad Syahir Mohd Rosdi, beraksi dalam kesakitan yang menyebabkan tekong negara itu gagal mempamer aksi terbaik ketika menentang Thailand dalam final acara regu berpasukan Sukan Asia Indonesia di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, semalam.
Aksi Syahir dalam perlawanan itu menyaksikan beberapa servisnya yang kurang menjadi sehingga tersangkut di jaring, termasuk ketika kedudukan genting.
Ia memberi lawan mata mudah dan dianggap menjadi punca kekalahan 0-2 skuad negara dalam misi meraih emas.
Abdul Talib sedar dengan perkara itu, namun menjelaskan anak buahnya itu sudah melakukan yang terbaik di sebalik beraksi dengan kesakitan di pinggul kiri sejak pertemuan separuh akhir dengan Indonesia lagi.
"Mungkin kita tidak perasan bahawa Syahir sebenarnya mengalami sedikit kecederaan di bahagian pinggul, itu yang mengganggu (rentak permainannya).
"Dalam set pertama (malam tadi), dia sudah beraksi sedaya-upaya tetapi mula terkesan dalam set kedua, apatah lagi mentalnya terganggu," kata Abdul Talib.
Dalam pada itu, Syahir pula mengakui masih berdendam dan terkilan tidak dapat menumbangkan Thailand kali ini.
Bagaimanapun, dia masih optimis peluang Malaysia untuk menamatkan kemarau emas 28 tahun dalam Sukan Asia akan berakhir apabila Malaysia masih mempunyai peluang dalam acara antara regu yang bermula Sabtu ini.
"Sedikit-sebanyak ia mengganggu saya.
"Masa semakin suntuk tetapi selagi saya boleh menerimanya, saya akan teruskan usaha," kata Syahir.