Selepas berjaya meraih emas kesembilan peribadi dalam temasya Sukan Asia, perejam terbaik dunia, Pornchai Kaokew, terus bernafsu untuk mengejar satu lagi emas apabila Thailand berentap dalam acara kuadran berpasukan yang akan bermula Selasa ini.
Ini merupakan penampilan kelima Pornchai di pentas Sukan Asia bermula di Busan pada 2002.
Sejak itu, dia menjadi antara atlet paling cemerlang di rantau Asia dengan merangkul lapan pingat emas.
Kejayaan menumbangkan Malaysia dalam acara regu berpasukan semalam satu lagi pingat emas Sukan Asia dalam koleksinya dan dia berharap untuk menutup kempen temasya ini dengan menggenapkan angka pungutan pingat peribadi menjadi 10.
"Ini adalah pingat kesembilan saya, saya sudah bermain dalam beberapa edisi Sukan Asia dan sudah pasti saya mahu memenangi seberapa banyak pingat emas di sini, mungkin kuadran berpasukan akan menjadi pingat k-10 saya nanti," katanya.
Biarpun usiannya sudah mencecah 37 tahun, Pornchai masih menjadi antara perejam yang digeruni di dunia.
Mengulas mengenai perlawanan menentang Malaysia semalam, dia berasa puas kerana dapat menumbangkan Malaysia sekali lagi, apatah lagi Thailand dan Malaysia mempunyai perseteruan yang kuat dalam sepak takraw.
"Saya suka menentang Malaysia kerana ia akan sentiasa menjadi perlawanan yang sangat menarik. Saya mengetahui Malaysia sudah lama menyimpan dendam untuk mengalahkan kami tetapi hari ini kami yang menang, bukan mereka," katanya.