Skuad sepak takraw negara menganggap provokasi tuan rumah, Indonesia, sebagai ujian kecil buat mereka dalam perjalanan menamatkan kemarau 28 tahun emas sepak takraw dalam Sukan Asia.
Akibat masih tidak berpuas hati Malaysia diserap masuk beraksi dalam acara antara regu, Indonesia menunda sesi latihan skuad Malaysia.
Malaysia sepatutnya berlatih pada jam 9 pagi di Gelanggang Sukan Dempo, Jakabaring, namun ditunda sebanyak dua kali yang menyaksikan mereka terpaksa berlatih pada jam 5 petang waktu tempatan, hari ini.
Bagaimanapun, barisan pemain negara tidak terkesan dengan taktik kotor tuan rumah, sebaliknya kekal positif dalam menghadapi perlawanan pertama menentang Nepal di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, esok.
"Saya rasa ini kali pertama terjadi kepada saya. Tetapi tak apalah, kami akan cuba lupakannya.
"Kami tidak boleh marah sebab kalau kami marah, mereka mungkin akan ganggu kami," kata pemain negara, Farhan Adam.
"Saya percaya pasukan negara sudah bersedia perkara sebegini. Pemain antara regu bersemangat walaupun ada masalah ketika ujian gelanggang," kata seorang lagi pemain, Syazreenqamar Salehan.
Sementara itu, jurulatih pasukan negara, Abdul Talib Ahmad, juga mengingatkan barisan pemainnya agar tidak terlalu beremosi dengan situasi menimpa mereka kerana khuatir ia akan menjejaskan tumpuan ketika beraksi nanti.
"Kami sudah beritahu mereka, walaupun pasukan lawan melakukan provokasi, anggaplah ia sebagai menjalinkan semangat kesukanan, maknanya kita tumpukan kepada perlawanan.
"Isu di luar itu bukan boleh dibawa ke dalam. Yang penting, pemain dapat melakukan yang terbaik," kata Abdul Talib.