Palembang menyaksikan Malaysia membutirkan tiga pingat emas, dua daripada boling tenpin dan satu menerusi sepak takraw yang dijulang sebagai emas paling bernilai buat kontinjen negara.
Itu pandangan chef-de-mission (CDM) negara dalam Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, yang berada di Palembang menyaksikan final antara regu menakjubkan yang menemukan dua seteru, Malaysia dan Indonesia, hari ini.
Senario kegagalan buat skuad sepak takraw memenuhi janji menghadirkan emas dalam acara ini sudah pasti mengundang pelbagai reaksi dan kesan negatif terhadap pulangan Malaysia daripada temasya ini.
Ini juga mengambil kira usaha untuk memastikan Malaysia berupaya menyertai acara ini sehinggalah pada saat-saat akhir.
"Kami menjangkakan dua (pingat emas di sini).
"Ia sesuatu yang memberangsangkan, saya harap ia memberi cetusan motivasi kepada atlet-atlet Malaysia di Jakarta.
"(Kejayaan skuad sepak takraw antara regu) mempunyai nilai tertinggi. Mereka menghadapi pelbagai masalah sejak hari pertama lagi.
"Sehinggakan setelah pasukan Malaysia sudah sampai di Palembang, masih belum ada pengesahan secara hitam putih daripada pihak-pihak tertentu untuk menyatakan bahawa mereka boleh bertanding.
"Semasa pertandingan pun, mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan hari ini, mereka membuktikan kehebatan mereka menerusi kejuaraan.
"Saya harap kejayaan ini boleh menutup kritikan terhadap sepak takraw," kata Abdul Azim.
Sementara itu, tiga penuntut Universitas Islam Negeri di Palembang, Raden Fatah, menjadi antara saksi kepada kejayaan skuad sepak takraw lelaki negara.
Sepanjang perlawanan, sorakan mereka tenggelam di sebalik dukungan penyokong tuan rumah, namun kepuasan terakhir menjadi milik tiga individu ini.
"Skuad Malaysia tertekan di sebalik sorakan penyokong Indonesia yang ramai.
"Tetapi, itulah semangat yang ada pada skuad Malaysia, kita tidak pernah mengalah, kita terus maju ke hadapan," kata salah seorang penyokong Malaysia itu.