Biarpun gagal mengotakan janji untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam Sukan Asia kali ini, pemain sepak takraw wanita negara, Nur Izzatul Hikmah, masih berbangga kerana Malaysia kini sudah mampu mencabar beberapa pasukan terkuat di sebalik dirinya beraksi dalam keadaan kurang cergas ketika menentang Vietnam, semalam.
Izzatul tidak menyangka dia mengalami simptom seperti badan panas dan batuk-batuk pada awal pagi semalam sehingga pihak perubatan mengesahkan bahawa dia demam.
Sungguhpun begitu, dia merayu kepada jurulatih negara, Mohd Fikri Mohd Nor, untuk tetap menurunkannya biarpun keadaan fizikalnya tidak begitu cergas.
Baginya, dia mahu membalas kembali kekalahan yang dialami ketika tumpas kepada Vietnam 0-3 dalam aksi regu berpasukan tempoh hari.
Biarpun berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, ia masih belum cukup untuk Nur Izzatul dan rakan-rakan melakar kemenangan dalam mencari slot ke separuh akhir setelah tumpas 0-2.
Skuad negara tumpas 11-21 dalam set pertama dan kemudian 15-21 dalam set kedua.
"Saya meneruskan saingan walaupun kesihatan saya kurang baik," kata Izzatul.
Terkandasnya skuad sepak takraw wanita negara dalam acara kuadran bermakna berakhirlah cabaran skuad sepak takraw Malaysia di Jakarta-Palemban 2018.
Tatkala skuad lelaki cemerlang menamatkan kemarau 24 tahun emas Sukan Asia, skuad wanita pula masih lagi mencari-cari pingat pertama mereka di pentas ini sejak kategori wanita mula dipertandingkan pada 1998 di Bangkok, Thailand.
"Kami mengakui pemain-pemain negara kurang pengalaman bersaing dengan negara-negara lain tetapi mereka telah membuktikan kebolehan dalam Sukan Asia kali ini," kata jurulatih, Mohd Fikri.