Skip to main content

Sukan Asia

Taekwondo: Gagal ke separuh akhir, Rozaimi terlepas gangsa

rozaimi.jpg
Sasaran sekurang-kurangnya gangsa daripada atlet taekwondo bagi acara kyorugi 68kg, Rozaimi Rozali, tidak berhasil apabila tewas kepada lawan dari Kazakstan, Yerassyl Kaiyrbek, dengan keputusan 12-1 dalam Sukan Asia Indonesia, hari ini.

Rozaimi terdahulu mendominasi pusingan 16 ketika menewaskan wakil Nepal, Gyanendra Hamal, 30-2.

Dia, bagaimanapun, gagal mengulangi persembahan tersebut dalam suku akhir ketika berdepan Kaiyrbek, yang kemas melakukan serangan ke arah badan Rozaimi untuk menang dengan keputusan 12-1.

"Saya agak terkilan kerana gagal melepasi pusingan ini. Saya telah berusaha melakukan beberapa serangan tetapi gagal meraih mata untuk Malaysia," kata Rozaimi.

"Saya akan kembali dalam latihan selepas ini untuk memperbaiki mutu serangan."

Rozaimi turut akur perasaan gugup dalam pusingan pertama antara faktor dia gagal mempamerkan persembahan mantap, sekaligus menamatkan saingan dalam suku akhir.

"Ia merupakan peluang buat saya dan Malaysia meraih gangsa tetapi ia tidak kesampaian," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video