Skip to main content

Sukan Asia

Taekwondo: Kelibat Dae Hoon jadi ancaman utama

rozaimi.jpg
Atlet taekwondo negara, Rozaimi Rozali, menganggap kelibat juara dunia dari Korea Selatan, Lee Dae Hoon, sebagai satu ancaman berbahaya tatkala mereka tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan, sebelum ini.

Rozaimi dan Dae Hoon berada dalam satu kategori bagi acara bawah 68 kilogram kyorugi dan
situasi itu disifatkan Rozaimi sebagai satu percaturan yang sukar memandangkan jaguh dunia itu
tidak pernah tewas dalam sebarang Kejohanan Dunia, kecuali di pentas Olimpik Rio 2016 apabila
dia menamatkan saingan dengan pingat perak.

"Bagi saya, dia merupakan lawan yang sangat sukar, seorang juara dunia. Jika saya
bertemunya, saya akan cuba yang terbaik," kata Rozaimi.

Walaupun menumpaskan tiga jaguh Korea Selatan untuk meraih pingat gangsa dalam saingan
Terbuka Korea bulan lalu, Rozaimi berasa ia belum cukup selagi kemampuan sebenar Dae
Hoon belum diuji di dalam gelanggang.

Saingan dalam Terbuka Korea Selatan sebelum ini memberi gambaran untuk penampilan pertama
kalinya dalam Sukan Asia tetapi atlet berusia 24 tahun itu memilih untuk bersikap lebih berhati-
hati.

"Selepas pulang daripada Terbuka Korea, saya melakukan persiapan yang agak rapi. Jadi,
diharapkan saya mampu menampilkan aksi terbaik di Indonesia.

"Setakat ini, kecederaan pada bahagian buku lali saya tidak begitu teruk dan semoga ia tidak
mengganggu prestasi saya."       
 

Advertisement

Must Watch Video