Atlet taekwondo negara, Yap Khim Wen, gagal membendung kesakitan buku lali yang semakin terasa ketika saingan separuh akhir yang menganggu tumpuannya untuk sekadar meraih gangsa pertama buat kontinjen negara, hari ini.
Kesan daripada kesakitan yang dialami, ia menjadi lebih sukar untuk Khim Wen tampil lebih berkesan dalam perebutan slot final.
Ia menyumbang kepada kekalahan Khim Wen di tangan peserta Iran, Salahshouri Marjan, dengan kutipan mata 8.30, lantas gagal mengatasi Salahshouri yang lebih cemerlang dengan 8.43 mata.
"Kecederaan saya membataskan pergerakan untuk saingan poomsae kali ini kerana terdapat gerakan baru. Tetapi ia merupakan sasaran saya untuk meraih pingat dalam acara ini," kata Khim Wen.
Bagaimanapun, kejayaan itu merupakan pingat pertama bagi acara poomsae yang tidak pernah dipertandingkan dalam Sukan Asia.
Kali terakhir taekwondo menyumbang pingat ketika saingan Sukan Asia di Busan 2002 menerusi acara kyorugi.