Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kecewa selepas 11 persatuan sukan kebangsaan diberi penarafan kosong oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).
Sebelum ini, PJS mengeluarkan kenyataan bahawa 11 persatuan gagal memenuhi enam kriteria yang ditetapkan manakala enam persatuan diiktiraf lima bintang, termasuk Persatuan Badminton Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Untuk mengelakkan hal ini berulang pada masa akan datang, Syed Saddiq mahu melakukan pelan perubahan dalam memastikan urus tadbir setiap persatuan sukan dijaga dengan baik.
Baginya, setiap persatuan sukan memainkan peranan penting untuk menggerakkan hala tuju barisan atlet negara.
"Perkara ini sangat mengecewakan kerana terdapat persatuan berskala besar daripada sebahagian 11 persatuan yang ditaraf kosong oleh PJS," kata Syed Saddiq.
"Kami perlu mencari langkah dengan perancangan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi meningkatkan mutu pengurusan," katanya.
Bagaimanapun, Syed Saddiq mahu memastikan setiap persatuan akan diketuai oleh orang yang berpengalaman seperti bekas atlet untuk menaikkan taraf sukan Malaysia.
"Saya mahu lebih banyak atlet dan bekas atlet untuk melibatkan diri dengan persatuan. Saya tidak mahu selepas ini persatuan dikepalai oleh individu yang tidak berminat dan tidak terlibat dalam sukan tersebut."