Arena sukan tempatan mungkin terpaksa menanti lebih lama untuk melihat individu baru menerajui kerusi nombor satu Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum dapat menamakan sebarang calon.
Jawatan PJS telah pun dikosongkan sejak 8 Mac lalu apabila Datuk Zaiton Othman bersara dan setelah tiga bulan, KBS masih belum mendapat menamakan mana-mana individu untuk mengisi jawatan itu sambil menegaskan masih meneliti senarai calon yang berkelayakan.
Difahamkan, sebanyak 88 nama sudah mengemukakan permohonan untuk mengambil-alih kedudukan itu yang menyebabkan KBS memerlukan masa yang lebih lama sebelum mengumumkannya secara rasmi.
"Kami akan lalui proses wawancara yang telus sebelum nama itu dimuktamadkan. Saya rasa apa yang penting adalah memilih calon yang tepat," katanya.
Dalam masa sama, Syed Saddiq juga menegaskan usaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis tidak akan bercanggah dengan peranan PJS yang ditugaskan untuk menyelesaikan isu dalaman persatuan kebangsaan.
Idea itu timbul apabila beberapa persatuan kebangsaan seperti Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) dan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) terlibat dengan kemelut yang berlarutan sehingga ke kes mahkamah.
"Selalunya memang ada kerjasama, seperti dalam Majlis Sukan Negara (MSN) di mana ada jawatankuasa khas di bawahnya. Begitu juga dengan MOM," tambah Syed Saddiq.
"Saya rasa ia sistem yang seimbang demi landskap sukan negara."