Nama Dion Cools terus menjadi perhatian dalam kancah J-League.
Pemain warisan negara itu sekali lagi membuktikan kualitinya sebagai pemain kelas dunia apabila terpilih dalam kesebelasan utama minggu kelima dalam kempen Liga Utama Jepun (J1 League) 2025/26.
Advertisement
Apa yang lebih mengagumkan lagi, Cools bukan sekadar tersenarai tetapi dia mendapat rating tertinggi dengan 8.7.
Jadi satu pencapaian besar buat Cools bila berjaya menembusi kelompok terbaik di kalangan elit Jepun dan import antarabangsa.
Ini membuktikan bahawa pemain Malaysia mampu bersaing dan mendominasi dalam liga terbaik Asia.
Prestasi baik yang dipamerkan Dion Cools dijangka menyuntik semangat Cerezo Osaka yang akan berdepan Kyoto Sanga pada 14 Mac ini.