Skip to main content

Bola Sepak

Selangor jalin kerjasama dengan dua jenama terkemuka tempatan

sa

Bola sepak bertemu permotoran dan fesyen.

Kelab bola sepak Selangor secara rasmi berkolaborasi bersama dua jenama terkemuka tempatan untuk mengeluarkan baju yang melambangkan identiti kelab itu sendiri.

Advertisement

Bagi ketua pegawai eksekutif Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, kolaborasi seperti ini penting bukan sahaja untuk kelab, malah kepada peminat untuk merasai pengalaman berbeza, dengan membawa nama selangor sendiri tidak kira apa situasi.

'Ini satu kolaborasi yang bermakna buat saya kerana ia dapat mengetengahkan kepada peminat untuk mempunyai produk yang berjenama dan berkualiti dan lebih kepada fesyen dengan pakaian tempatan.

'Fesyen bola sepak ini satu fenomena yang sudah lama dibuat di Jepun mahu pun Eropah' kata Dr. Johan kepada wartawan Astro Arena.

Dalam pada itu pengarah kreatif TNTCO, Jr Lim sifatkan satu peluang untuk bekerjasama dengan Selangor dalam dunia bola sepak.

Sementara pengarah urusan Tobaki, Blanco Choo, mahukan jenama tempatan terus mendapat perhatian umum dan dapat meluaskan lagi empayarnya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video