SUKAN LAIN
Syarul tekad bangkit
'Saya akan bangkit', itu luahan jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah selepas gagal mempertahankan gelaran Mr Universe dalam Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Dunia di Tashkent, Uzbekistan.
"Saya berasakan telah melakukan yang terbaik walaupun berdepan cabaran dalam membuat persiapan namun tetap gembira keputusan di tempat ketiga," kata Syarul.
"Saya akan berusaha untuk bangkit dan cuba mendapatkan semula gelaran yang dimenangi empat kali berturut-turut itu."
Iklan
Syarul gagal mempertahankan gelaran Mr Universe yang dimenanginya empat kali berturut-turut sejak 2016 selepas tewas kepada juara dari Tajikistan dan naib juara, Madagascar.
Bagaimanapun, atlet berusia 47 tahun itu tetap berpuas hati berada di tempat ketiga sebagai permulaan selepas dua tahun tanpa aksi kompetitif susulan pandemik COVID-19.
Fokus Syarul selepas ini terarah kepada persiapan menghadapi tiga kejohanan utama 2022 iaitu Sukan SEA Vietnam, Kejohanan Asia serta Kejohanan Dunia dalam misi meraih pingat pertama di sukan temasya.
"Terdapat tiga kejohanan bakal disertai jika tiada masalah penundaan saingan. Saya amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu saya membuat persiapan bagi kejohanan kali ini."
Must-Watch Video