Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, berharap pengiktirafan yang diterima daripada Wilayah Persekutuan dengan dihadiahkan sebuah pangsapuri dapat membuka mata Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mempertimbangkan bantuan elaun bulanan buatnya.
Syarul menerima imbuhan itu -- yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, di Parlimen -- semalam.
Dia sebelum ini kecewa kerana tidak tersenarai dalam program MSN walaupun sudah tiga kali bergelar Mr. Universe.
Juara Asia empat kali itu akhirnya mendapat penghargaan daripada Wilayah Persekutuan dengan dihadiahkan pangsapuri berharga RM198,000 susulan pelbagai kejayaannya sebelum ini.
Harapannya kini supaya MSN juga dapat menghulurkan sedikit bantuan seperti elaun bulanan untuk dia meneruskan program latihannya agar tidak terus bergelut mencari peruntukan sendiri seperti sebelum ini.
"Ia terpulang kepada MSN kerana sebelum ini mereka berasakan bina badan bukannya sukan teras dan tidak berada dalam Program Podium.
"Namun, apa yang mereka perlu ingat adalah saya tetap membawa bendera Malaysia dan menyanyikan lagu Negaraku dalam setiap kejohanan.
"Saya berharap mereka akan menghulurkan sedikit bantuan kepada saya," katanya.
Bagaimanapun, Syarul menyedari dia perlu bersedia dengan pelan B dalam mencari peruntukan untuk ke Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia di Kemboja, September depan.
"Tahap kewangan saya masih tidak berapa baik buat masa ini.
"Namun, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid, berkata beliau akan mencuba untuk menghulurkan bantuan dengan kerjasama Majlis Sukan Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun, saya tetap berharap dapat menerima bantuan daripada MSN," tambahnya.