Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, meletakkan sasaran untuk menurunkan berat badan sehingga 55 kilogram dalam tempoh dua minggu ini sebelum terbang ke Rabat, Maghribi untuk menyertai Liga K-1, 19 April ini.
Mahu atau tidak, Syakilla perlu menurunkan berat badan secepat mungkin kerana enggan lagi terlepas kejohanan selepas terpaksa menarik diri dalam dua saingan, iaitu Liga K-1 di Dubai dan seterusnya Siri A Karate 1 di Austria, awal bulan ini.
Walaupun beratnya kini mencecah 61kg, bekas atlet ranking nombor satu dunia itu percaya mampu kembali ke berat badan sehingga 55kg dalam tempoh dua minggu.
Perkara paling utama adalah dia perlu mengikuti setiap nasihat dan keperluan daripada Institut Sukan Negara (ISN) agar perancangan untuk mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik tidak lagi terjejas gara-gara masalah berat badan.
"Mereka sedang membuat perancangan untuk membantu saya mengurangkan berat badan. Saya berharap segalanya berjalan lancar," katanya.
Syakilla membuktikan kemampuannya apabila muncul juara kategori 61kg dalam Kejohanan Kebangsaan di Serdang, hari ini.
Dia berharap dapat dihantar ke Latvia untuk kembali berlatih bersama jurulatih, Andris Vasiljevs, selewat-lewatnya minggu depan.
"Mereka memberikan apa yang saya mahu dan saya telah membuktikan kebolehan saya. Saya mahu terus mencipta keputusan positif," ujarnya.