SEPAK TAKRAW
Sumali calon hangat isi kerusi Naib Presiden MOM
Kecemerlangan Dato' Mohd Sumali Reduan dalam memacu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di pentas antarabangsa dilihat bakal jadi taruhan terbesar buatnya bagi merebut salah satu daripada lima kerusi Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bakal dipertandingkan dalam Pemilihan MOM, Sabtu ini.
Sumali dilihat sebagai calon popular berdasarkan reputasinya yang mengembalikan semula kehangatan suasana sukan sepak takraw negara selepas berdepan fasa pasang surut sebelum ini.
Selain Sumali, empat lagi calon lelaki yang bertanding kerusi Naib Presiden ialah Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, Presiden Persekutuan Tinju Malaysia, Datuk Iruan Zulkefli, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Gerard Monteiro serta Presiden Taekwondo Malaysia, Azizul Anuar Adenan.
Iklan
Kredibiliti dimiliki Sumali yang turut dikaitkan bakal memimpin badan induk Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dalam pemilihan akan datang turut menghangatkan lagi perebutan kerusi Naib Presiden MOM kali ini.
Selain itu, rata-rata peminat sukan tanah air turut berharap Sumali akan terpilih bagi menyertai kepimpinan MOM bagi penggal 2025-2029.
Must-Watch Video