Skuad hoki negara menerima tamparan apabila kapten pasukan, Sukri Mutalib, terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Sultan Azlan Shah 2019 hujung bulan ini ekoran pembedahan patah jari yang memaksanya berehat sekurang-kurangnya enam minggu.
Selepas membantu UniKL merangkul gelaran Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini, Sukri membantu pasukannya mara ke aksi final Piala TNB bertemu Terengganu Hockey Team (THT).
Bagaimanapun, UniKL mengalami kekalahan 2-1 kepada THT di Stadium Tun Razak dan terpaksa menarik diri untuk berkhidmat bersama skuad negara bagi Piala Sultan Azlan Shah selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.
"Saya bakal terlepas saingan antarabangsa sekurang-kurangnya enam hinggu tujuh minggu. Saya hanya menjangkakan bengkak pada bahagian jari tetapi imbasan yang dilakukan selepas perlawanan mengesahkan saya mengalami kecederaan patah pada bahagian jari," kata Sukri.
Dalam ketiadaan pemain berpengalaman itu, dia menggariskan beberapa tonggak skuad negara yang mampu mengambil alih tugas selaku kapten pasukan.
"Kualiti serta pengalaman yang dimiliki oleh Muhammad Razie Abdul Rahim, Marhan Jalil dan Fitri Saari tidak seharusnya diketepikan kerana mereka mampu menggalas tugas selaku kapten," ujarnya.
Sukri mengikut jejak langkah penjaga gol negara, S. Kumar, yang bakal terlepas saingan Piala Sultan Azlan Shah kali ini tetapi dia optimis dengan kemampuan pasukan untuk mencipta keputusan yang positif.
"Saya masih lagi meletakkan keyakinan terhadap kemampuan skuad negara dalam saingan kali ini. Percaturan jurulatih juga akan memainkan peranan yang besar bagi saingan kali ini."