Sukma Sarawak edisi ke-21 bakal membuka tirai pada 17 Ogos ini dan hari ini merupakan hari kedua latihan kontinjen Wilayah Perseketuan menuju ke temasya itu.
Wassof Rumijam yakin dia mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam Sukma edisi sebelum ini dan bercita-cita untuk mencipta legasi dengan memenangi tiga pingat emas berturut-turut dalam acara muay thai.
Baginya, penting untuk memastikan kemenangan dalam Sukma Sarawak dan edisi berikutnya dua tahun dari sekarang.
"Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam Sukma kali ini walaupun saingannya sengit, saya akan berikan yang terbaik untuk mempertahankan gelaran saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Bila ditanya tentang saingan yang akan dihadapinya, Wassof mengakui atlet dari Sarawak antara yang terbaik dalam acara itu.
"Lawan terbesar saya adalah wakil tuan rumah."
Tambahnya, keunggulan dalam kombinasi sukan Muay Thai dan Kick Boxing akan memberinya kelebihan untuk beraksi di Sarawak pada Ogos depan.
"Dalam Kick Boxing, kelajuan sangat penting tetapi Muay Thai menumpukan kepada kekuatan," jelasnya.