Presiden Taekwondo Malaysia (TM), Azizul Anwar Adenan, meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, supaya mengkaji semula status acara itu dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan di sebalik kegagalan badan induk itu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) malam ini.
Pengguguran taekwondo menjadi tamparan hebat kepada barisan ahli jawatankuasa eksekutif TM yang dipilih Disember tahun lalu.
Ia kali pertama sukan itu digugurkan selepas diancam tidak dipertandingkan dalam temasya dwitahunan itu di Perak tahun lalu.
Situasi berkenaan secara tidak langsung memaksa TM untuk mengambil tindakan tegas.
"Sejak dua tahun lalu, taekwondo telah digugurkan daripada senarai sukan teras.
"Pihak atasan TM sedang bekerja keras untuk mengembalikan status sukan ini sambil cuba mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung TM, Datuk Edward Jules, pula berpendapat: "Satu kenyataan telah dibuat terhadap Persatuan Taekwondo Negeri Johor bahawa merekalah yang tidak mahu taekwondo diadakan di Johor sebab mereka fikir tidak dapat memenangi apa-apa pingat.
"Ia adalah kenyataan yang tidak sah, salah dan adalah fitnah kepada taekwondo."
Turut mencuri tumpuan ialah kegagalan TM mengadakan AGM ekoran kekurangan ahli gabungan berikutan hanya 28 daripada 60 wakil ahli gabungan yang hadir, sekali gus tidak cukup kuota untuk menjalankan mesyuarat.