Skuad hoki wanita Selangor bersedia untuk mempertahankan pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN) bermula 16 September ini.
Meskipun dibarisi hampir 80 peratus muka baru, pemain tengah pasukan itu, Nur Insyirah Effarizal, tetap yakin kemampuan pasukannya untuk memperahankan kejuaran yang dimenangi mereka dalam edisi di Perak pada 2018.
Dia yang akan tampil dalam edisi terakhir temasya itu berharap akan dapat memberikan aksi terbaiknya demi memastikan kalungan pingat emas buat kontinjen Selangor
Selangor diletakkan dalam Kumpulan A bersama Sarawak, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
Nur Insyirah berkata kepada Astro Arena: "Kami sudah bersedia dan sudah berlatih dengan pasukan penuh.
"Kami sudah memiliki perancangan yang teratur sejak awal bulan lalu sehingga ke hari ini.
"Kami yakin (untuk mempertahankan pingat emas) kerana kami memiliki barisan pemain senior yang boleh membimbing pemain muda.
"Pemain senior akan memainkan peranan yang amat penting di setiap posisi dan dengan itu, kami boleh menggerakkan pasukan ini biarpun ramai pemain baru.
"Untuk penampilan terakhir saya kali ini, saya mahu mendapatkan pingat emas buat kontinjen Selangor dan berharap pemain baru dalam edisi ini dapat menjadi tonggak pasukan bagi edisi yang akan datang," katanya.