Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak: Prestasi Gemilang Akhtar Shauqi, Jaguh Petanque dari Bumi Kenyalang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(9).jpg
Dalam 84 hari menjelang Sukma edisi ke-21, ketegangan semakin terasa!

Di antara atlet-atlet kelahiran Bumi Kenyalang yang menarik perhatian dan membanggakan Malaysia adalah atlet petanque, Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom.

Akhtar Shauqi telah dua kali menyertai SUKMA, dan pada edisi 2020 di Kuala Lumpur, dia meraih pingat gangsa dalam acara petanque.

Lahir di Kampung Tanjong Bundong, Akhtar Shauqi memperoleh pingat gangsa dalam acara berpasukan di Kejohanan Petanque Gold Johor Talent Invitation Southern Region 2021, bersama lima atlet lain. 
Ini merupakan penampilan pertamanya dalam pertandingan selepas hampir dua tahun tanpa kejohanan disebabkan wabak Covid-19.

Atlet berusia 17 tahun itu, telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Kemboja, setelah melalui proses penyaringan dan menjadi salah satu daripada 24 atlet yang terpilih.

Pada Sukan SEA lepas, Akhtar Shauqi dan dua rakan sepasukannya, Jasnina Jasmine dan Amiron Mukminin, menyumbangkan pingat gangsa dalam acara berkumpulan campuran, walaupun mereka menderita sakit tekak dan demam selepas kalah kepada Laos di peringkat separuh akhir.

Di Kejohanan Petanque Asia 2023 di Bangkok, Akhtar dan rakan sepasukannya meraih pingat perak Triple Remaja lelaki.

Kini, atlet dari Kota Samarahan itu bertekad untuk merebut pingat emas di Sukma Sarawak pada Ogos ini.

Semangat anak Sarawak!

Advertisement

Must Watch Video