BOLING
Sukma Sarawak 2024: Fan Yew lega kesempatan akhir hasilkan dua emas boling tenpin
Wakil tuan rumah, Tsen Fan Yew, tidak berdepan masalah untuk menambah koleksi pingat emas kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.
Ia merupakan emas kedua peribadi Fan Yew yang turut merekodkan pencapaian sama saingan mixed double.
Meskipun mengungguli acara akhir masters tetapi realiti sebenarnya, Fan Yew tertekan sering kali tewas di peringkat akhir.
Iklan
Antara detik yang tidak dapat dilupakan ialah kekecewaan dalam Kejohanan Remaja Asia tahun lalu, lantas menguatkan tekadnya elak kecundang kali ini.
Atlet berusia 21 tahun itu menganggap dirinya membesar di Sarawak Megalanes, maka tidak hairanlah Fan Yew begitu serasi dengan persekitaran venue.
"Bukan sahaja Sukma malah kejohanan juga saya kerap gagal.
"Saya belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya.
"Dalam dua edisi, saya tidak beraksi bagus tapi kali ini saya perlu hasilkan yang lebih baik dalam penyertaan terakhir. Ia juga menambah tekanan ke atas saya.
"Cabaran dalam acara berpasukan ini, prestasi saya perlu seiring dengan gandingan selain memastikan balingan saya menjadi," katanya.
Must-Watch Video