Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Adam Hakim bangga sumbang emas buat Selangor dalam penampilan terakhir

olahraga.jpg
Ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Nur Adrina Batrisya Mohd Rizal, hari ini meraih pingat emas ketiganya dengan memacu kuartet 4x100 meter wanita Selangor ke tempat pertama.

Sementara itu, kuartet 4x100m lelaki Selangor pula menjadi kejayaan berganding dengan turut raih pingat emas.

Kontinjen Merah Kuning sudah membuktikan penguasaan dengan memiliki raja dan ratu pecut baru Sukma menerusi Nur Adrina Batrisyai dan Danish Iftikhar Mohd Rosli.

Bagi acara 4x100 lelaki. Selangor sekali lagi membuktikan pengusaan mereka selepas kuartet itu catatan 40.86 saat.

Gandingan Ahmad Sufi Faiesal, Danish Irfan Tamrin, Haziq Mohd Akhir dan Adam Hakim Samsuddin ternyata sukar digugat, sekali gus meletakkan di tangga utama podium pada hari terakhir acara olahraga.





Sabah menggondol perak dengan catatan 41.06 saat sementara Pahang dengan gangsa.

"Saya berlatih dengan keras tetapi tidak dapatkan sajikan yang terbaik dalam penampilan terakhir Sukma saya.

"Tetapi inilah hadiah saya kepada negeri Selangor.

"Sukma lalu saya tidak dapat menyertai acara 100m kerana tidak layak dan 200m pula tidak ke final kerana kecederaan hamstring.

"Dapat sumbangkan emas dalam acara ini pun saya bersyukur." katanya. 

Bagi kuatet 4 x100 wanita, Selangor sekali lagi catat masa terpantas menerusi gandingan Nur Afrina, Dhanea Marsyella Eehsan Faez Sivam, Aina Batrisyia Abdullah dan Lie Yee Teng dengan catatan 47.97s.

Johor dengan catatan 48.32 saat meraih perak dan gangsa milik Sarawak.

Sementara itu, acara 20kilometer jalan kaki memperoleh catatan baru temasya selepas acara ini dipertandingkan buat pertama kali.

Atlet berusia 16 tahun dari Negeri Sembilan, Yee Zhi Xin, mengejutkan peserta yang lain menerusi catatan 2 jam 5 minit 47.02 saat, manakala Kok Hui Ying dari Wilayah Persekutuan membawa pulang perak dan Kelantan memenangi gangsa.

"Tidak jangka saya boleh menang kerana badan saya lenguh dan sakit. Tetapi jurulatih suruh saya jangan berputus asa." Katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video