Atlet terjun Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie, tidak teragak-agak untuk berusaha dengan misi meletakkan namanya dalam senarai bintang baru negara ke Sukan Olimpik Los Angelas 2024.

Kesilapan Rui Jie mampu dijadikan sebagai pengajaran berguna ketika dia menyelusuri impian ke temasya sukan paling berprestij di dunia itu nanti.

Sasaran meraih pingat emas untuk dihadiahkan kepada Wilayah Persekutuan meletakkan dirinya dalam keadaan tertekan, namun itu akan menjadi pengajaran yang cukup berguna buat atlit berusia 18 tahun itu..

"Saya akan cuba yang terbaik untuk layak ke Los Angels dan berjuang untuk pasukan Malaysia.

"Saya risau melakukan kesilapan, kerana itu saya berasa gementar untuk tidak lakukan kesilapan dan terjunan saya sedikit teragak-agak.





"Dari aspek mental, saya terlalu fikir untuk menang jadi fikiran itu buatkan saya rasa gementar dan takut. Jadi perlu berkerja keras dari aspek mental." Katanya.

Dalam pada itu, pingat emas dalam acara yang sama, Elvis Priestly, dari Sarawak berasa lega dengan kehadiran ibu bapanya yang menjadi penguat semangat di dalam setiap terjunannya.

"Hari ini saya bersemangat kerana dapat ucapan dari keluarga yang pertama kali lihat saya bertanding." Katanya kepada Nadi Arena.