Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Wartawan Astro Arena bangga melihat pencapaian anak saudara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fatin.jpg
Wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, meluahkan rasa bangga selepas melihat kejayaan anak saudaranya, Noor Shahreena Jamizan, dalam acara lompat bergalah wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024.

Atlet dari Pahang itu melakukan catatan 3.50m untuk menggondol pingat emas sekali gus menewaskan Wilayah Persekutuan dan Sabah dalam penampilan pertamanya di kejohanan dwitahunan itu.

Ketika ditemu bual oleh Fatin, Shahreena memasang impian untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Thailand 2025 selain tekad memperbaharui rekod lompatannya sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video