Skip to main content

Bola Sepak

Gila! (Video) Kelayakan Piala Asia: Jaringan berkelas dunia Lim You gegar internet, Malaysia hampiri sejarah besar

You
Advertisement

Untuk melihat sensasi pemain berdarah campuran Malaysia-Taiwan, Lim You, di depan mata adalah satu kepuasan!

Penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka di Kudus, Indonesia Ogos lalu itu melakukan lencongan berkelas dunia menewaskan penjaga gol Iraq dalam usaha skuad bola sepak remaja wanita bawah 17 tahun (B-17) memperoleh kemenangan kedua berturut-turut susulan menewaskan Iraq 4-0 dalam perlawanan Kumpuan E, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Advertisement

Gol tersebut mendapat perhatian di media sosial atas faktor keupayaan dan pengalaman yang dimiliki Lim You membantu pasukan kebangsaan.

Majoriti peminat terpegun menyaksikan prestasi dan kualiti yang ditunjukkan oleh anak buah Takayoshi Ishihara, sekali gus terus menghidupan harapan dan mimpi ke China 2027.

Advertisement

Tidak dilupakan, rembatan deras dari luar kotak penalti oleh tonggak tempatan, Aisha Lynn Faris Mohamad Faris, turut menghangatkan suasana, sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga.

Pelapis Malayan Tigress itu akan berdepan India bagi aksi terakhir dengan misi wajib meraih kemenangan.

Juara kumpulan akan layak ke Piala Asia Wanita 2027 di China bersama empat lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat iaitu juara bertahan, Korea Utara, Jepun, Australia dan China pada 31 Mac hingga 17 April 2027.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video