Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Skuad tenis berpasukan Wilayah Persekutuan akhiri kemarau 30 tahun pingat emas

wp_1.jpg
Atlet tenis berpasukan Wilayah Persekutuan, Darrshan Suresh Kumar, mengakhiri kemarau tiga dekad tanpa kilauan emas acara itu dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2024, di gelanggang tenis SLTA, Kuching, hari ini.

Wilayah Persekutuan mempertaruh bakat terbaik yang dikumpulkan hasil pencarian bakat dan akhirnya ia membuahkan hasil untuk kembali relevan dalam temasya dwi tahunan itu.

Pasukannya menyambar emas pertama yang dipertandingkan di Sukma edisi kali ini dalam saingan berpasukan campuran yang berlangsung sengit sehingga aksi penentuan untuk melakar kemenangan 3-2.

Mewakili keluarga besar tenis Wilayah Persekutuan, Darrshan berasa lega dapat melunaskan misi kembalikan imej yang tercalar setelah sekian lama.



 

"Saya mendengar sebelum ini bahawa kami sudah tidak pernah menang pingat hampir 30 tahun, saya bangga dapat menang hari ini.

"Ia adalah usaha pasukan, saya berharap dapat meneruskan momentum ini dalam acara individu nanti dan pada tahun akan datang.

"Semua yang kami lakukan, persediaan, dan semangat berpasukan kami berjuang bersama. Semuanya membantu ketika dalam gelanggang. 
  

Advertisement

Must Watch Video