Skip to main content

Advertisement

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Selangor tamatkan kemarau, rangkul emas acara futsal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal-selangor.jpg
Selangor berjaya meraih pingat emas acara futsal lelaki Sukan Malaysia Sarawak (Sukma) 2024 selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi sengit yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan, sebentar tadi.

Selangor menampilan permulaan baik selepas membuka jaringan awal dalam separuh masa pertama melalui Danish Faiz Bin Hashim pada minit pertama untuk memastikan pasukan dari Lembah Klang itu mendahului 1-0.

Walaupun Sarawak bermula dengan agresif dalam separuh masa kedua tetapi dalam satu kesilapan yang dilakukan wakil tuan rumah memastikan Selangor berjaya menggandakan jaringan hasil sepakan deras Ahmed Haziq Haikal Bin Rashidi pada minit ke-36 untuk jaringan kedua.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan anak buah Qusmaini Rusli berjaya merangkul pingat emas dalam acara futsal.

Advertisement

Must Watch Video