Kelibat barisan bekas pemanah negara bertaraf Olimpian menjadi watak penting buat kontinjen yang beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak sementara menjadikan platform melahirkan lebih ramai pemanah beraksi di peringkat antarabangsa.
Menerusi rancangan What's Up Kuching, wartawan bertugas, Karl Nunis Iskandar sempat bertemu Olimpian negara, Akmal Nor Hasrin, yang ketika ini berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan.
"Saya bertindak sebagai ketua jurulatih skuad negeri sembilan sejak dua edisi terdahulu. Kami dalam usaha untuk memburu pingat dalam saingan kali ini.
"Secara tidak langsung, Sukma menjadi pentas untuk mencungkil lebih ramai pemanah negara sekaligus untuk membawa cabaran ke pentas antarabangsa."
Ammar Hakim
Sun Aug 18 2024