Satu kenangan manis untuk atlet taekwando Terengganu, Fu Ceen Put Thai , apabila berjaya meraih emas pada penampilan sulung di SUKMA dalam acara kyorugi kategori lelaki bawah 63kg.

Untuk rekod Fu Ceen berjaya menewaskan Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi (Perlis) dengan 13-2.

Apa yang menarik ialah satu video yang dirakam pemilik akaun Tik Tok bernama timothyzxhra sudah mencecah kepada 1.5 juta jumlah tontonan dan 162.1 ribu tanda suka memaparkan situasi di mana Fu Ceen mengibarkan bendera Terengganu selepas raih emas.
@timothyzxhra Welcome to the fam, brother ?✨ #SUKMA #sukma2024 #taekwondo #taekwondowtf #worldtaekwondo #terengganu #athlete ♬ الصوت الأصلي - الصَمِت"?
Menurut Fu Ceen yang kini memilih nama Islamnya, Fathurrahman juga kini berada dalam program atlet pelapis kebangsaan yang baru disertai olehnya pada tahun ini memaklumkan bahawa pengumuman tentang beliau telah memeluk agama Islam telah dilaksanakan olehnya kepada ahli keluarga usai menang pingat emas di bumi Sarawak.

"Saya telah mula memeluk Islam pada Disember tahun lepas.

"Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu saya kerana saya memang selalu meluangkan masa dengannya," katanya.