Perkembangan hari terakhir temasya di sembilan daerah terus rancak pada hari kemuncak Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak.

Dalam perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di rancangan What's Up Kuching sebentar tadi, dia sempat mendekati sekumpulan gadis yang berpakaian tradisional tempatan.

Antaranya, seorang gadis yang berpakaian tradisional berwarna warni yang menyerlahkan identiti Orang Ulu dan Lun Bawang.

Kali ini mereka berada di venue e-sukan, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, sebagai sebahagian daripada mempromosikan keunikan budaya tempatan.