Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Jadual, Kedudukan Pingat, Info Siaran Langsung (Live Streaming)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukma-sarawak-thumbnail.jpg

Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan berlangsung dari 17 hingga 2024 Ogos 2024. 37 jenis sukan akan dipertandingkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu bertujuan untuk melahirkan atlet kebangsaan bertaraf dunia.
 

Maksud SUKMA Sarawak 2024

Sukan Malaysia (SUKMA) adalah temasya sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan remaja secara dwitahunan ini. Selain bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan, pemilihan negeri-negeri selaku tuan rumah adalah bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri-negeri bagi membantu pembangunan sukan secara keseluruhan di Malaysia.

Advertisement

 

Tuan Rumah SUKMA Sarawak 2024

Sarawak adalah tuan rumah untuk SUKMA 2024. Acara-acara akan diadakan di 9 kluster, iaitu Kluster Kuching, Kluster Samarahan, Kluster Serian, Kluster Sri Aman, Kluster Betong, Kluster Mukah, Kluster Sibu, Kluster Bintulu dan Kluster Miri.

 

Logo dan Maskot Rasmi SUKMA Sarawak 2024

Konsep logo ini berpandukan ikon Sarawak iaitu kepala Burung Kenyalang yang membentuk dua (2) ‘S’ dengan memberi makna SUKMA Sarawak.



Maskot SUKMA Sarawak 2024 adalah burung kenyalang (Rhinoceroues Hornbill) dan ia dipilih sebagai ikon kebanggaan rakyat Sarawak.


 

Siaran Langsung Percuma (Free Live Streaming) SUKMA Sarawak 2024 

Siaran langsung percuma akan dibawakan secara khas di saluran TV Sarawak, laman YouTube TV Sarawak serta di laman web Stadium Astro. Pautan strim akan dikemaskini dari masa ke semasa.
 

Jadual SUKMA Sarawak 2024

Berikut merupakan jadual SUKMA Sarawak 2024 bagi acara-acara yang dipertandingkan seperti angkat berat, badminton, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar dewan, boling padang, catur, e-sukan, futsal, gimnastik, gimrama, golf, hoki, judo, kabaddi, karate, kriket, lawan pedang, memanah, menembak, muay thai, olahraga, pelayaran, pencak silat, petanque, ping pong, ragbi, renang, sepak takraw, skuasy, slambam, sofbol, taekwondo, tenis, tenpin boling, terjun, tinju, wushu.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Kedudukan Pingat SUKMA Sarawak 2024

Stadium Astro akan membawakan maklumat terkini mengenai kedudukan pingat SUKMA Sarawak 2024 bagi pasukan-pasukan bertanding melibatkan Brunei, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Perak, Sabah, Selangor, Sarawak, Terengganu, Wilayah Persekutuan.

Maklumat penuh berkenaan kedudukan pingat di sini.

Must Watch Video