Skip to main content

Sukan Lain

Sukma MSN: Status raja pecut milik Azeem

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-raja-pecut-sukma-msn.jpg
Status pelari terpantas Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 menjadi milik Muhammad Azeem Mohd Fahmi selepas atlet dari Perak itu menepati ramalan memenangi pingat emas acara 100 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat.

Atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) meraih perak dan gangsa menjadi milik atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukma 2016 di Sarawak.

Rekod kebangsaan dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.

Sementara itu, atlet dari Pahang, Nor Sarah Adi dinobatkan sebagai ratu pecut selepas meraih pingat emas dalam acara 100m wanita, catatan 11.91s cukup untuk memastikan dia tidak dicabar pelari lain dalam aksi final itu.

Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling, meraih perak dengan catatan 12.08s, sementara gangsa milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10s)

Advertisement

Must Watch Video