Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yakin atlet negeri itu mampu mencabar tangga tiga terbaik Sukan Malaysia (Sukma) 2022 MSN yang bermula 16 September ini.
Kontinjen Selangor dalam persiapan akhir dengan menjalani kem motivai sejak minggu lalu bagi merealisasikan impian memungut 40 pingat emas.
Amirudin dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor ke Sukma Ke-20 di Shah Alam, hari ini, apabila bersikap realistik dengan menganggap temasya ini sebagai pentas terbaik dalam mencerminkan perkembangan sukan seiring dengan kemajuan negeri itu.
"Sejak 2008, ia satu pengajaran yang baik buat kami bahawa pasukan-pasukan yang bertanding semuanya mempunyai peluang yang sama rata.
"Kita dapat mendengar pencabar-pencabar yang baru. Kalau sebelum 2008, Terengganu bukanlah pencabar utama kecuali ketika (bertindak sebagai) tuan rumah.
"Mereka telah buktikan di Melaka, mereka boleh mencapai kejayaan.
"Tetapi saya percaya kami mempunyai keupayaan sendiri. Namun, faktor luaran juga ada menyumbang kepada kejayaan. Tapi kami telah cuba yang terbaik dengan segala kekangan yang ada termasuk COVID-19.
"Justeru, saya yakin kami dapat capai sasaran tiga terbaik dengan (misi) 40 emas yang diletakkan," katanya dalam sidang akhbar.
Sementara itu, pelari kebangsaan 400 meter, Muhammad Ilham Suhaimi, menjangkakan rakan-rakannya mampu menggegar temasya berkenaan kelak.
"Kem motivasi minggu lalu memberi semangat untuk kami bertanding. Atlet juga terkesan dengan kem motivasi ini dan saya rasa kami mampu mencapai 40 emas.
"Kebanyakan atlet Selangor kuat dan saya yakin 100 peratus atlet Selangor boleh juara tahun ini," katanya yang baru pulih daripada kecederaan lutut dan tumit.