Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan program 'Road to Champion 2026' sebagai satu inisiatif strategik persediaan kontinjen negeri menuju temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 yang akan dianjurkan di Selangor.
Program itu membawa misi utama untuk memastikan negeri itu muncul sebagai juara keseluruhan di tempat sendiri dengan pendekatan terancang merangkumi pembangunan atlet, peningkatan keupayaan jurulatih, serta sokongan menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan.
Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan Program Bapa Angkat Kontinjen Sukma Selangor.
Program yang diperkenalkan pada tahun 2015 ini telah terbukti menjadi model sokongan berkesan dalam memperkuat persediaan atlet di peringkat negeri.
Kerajaan Negeri Selangor optimis bahawa dengan perancangan strategik melalui program 'Road to Champion 2026' dan sinergi dengan Program Bapa Angkat Kontinjen yang dilaksanakan, mampu mencatatkan sejarah sebagai juara keseluruhan Sukma di bumi sendiri.
"Daripada segi prestasi dan kemahiran, saya boleh katakan dengan kegiatan pembangunan sukan di negeri masing-masing hampir seimbang.
"Perbezaannya ialah titik kemuncak prestasi dan keupayaan menangani tekanan yang biasanya menjadi titik pemisah dalam satu kejohanan.
"Saya yakin dengan persediaan rapi, malah kita sudah menyusun langkah sejak tahun lalu, kami akan menjadi juara.
"Moral sokongan rakyat Negeri Selangor bakal menambah kekuatan atlet Selangor," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.