Meniti 31 hari menjelang pembukaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, pihak penganjur berkemungkinan bakal menggugurkan acara wanita bagi sukan sepak takraw selepas gagal mendapat sambutan.
Kenyataan ini dikongsikan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang hanya menerima penyertaan daripada Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Perak dan Sarawak bagi acara wanita.
Hal ini menyaksikan acara wanita gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan dan keputusan muktamad mengenai penyenaraian acara wanita di temasya kali ini bergantung kepada Mesyuarat SUKMA peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 18 julai.
Mesyuarat itu nanti akan dipengerusikan oleh Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh.
Dalam pada itu, pihak penganjur turut mengumumkan bahawa seramai 7801 atlit sudah mendaftarkan diri untuk bertanding dalam 488 acara dari 37 jenis sukan dalam temasya yang akan berlangsung di sembilan bahagian di Sarawak dari 17 sehingga 24 ogos ini.