Skip to main content

SUKMA

Sukma 2024: Nurfara Ain sanggup bangkit selepas terjatuh untuk tamatkan perlumbaan

pixx-14082024-nurfaraainnabiela-pelumbabasikal-tvs.jpg
Pujian wajar diberikan terhadap pelumba basikal wanita Sarawak, Nurfara Ain Nabiela yang menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang sangat tinggi apabila mampu bangkit selepas terjatuh ketika perlumbaan lebuhraya sedang berlangsung pada temasya Sukan Malaysia SUKMA hari ini.

Nurfara terpaksa melalui detik kesakitan selepas terjatuh ketika perlumbaan hanya berbaki 500 meter lagi untuk ditamatkan.

Walaupun begitu atlet muda Sarawak ini tidak berputus asa atau patah semangat apabila bangkit dan kembali menaiki basikalnya untuk menamatkan perlumbaan tersebut yang berjarak 28.3 kilometer itu.

Nurfara kemudianya diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan yang sedia menanti di venue kejohanan sebelum digegaskan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut Pegawai Teknikal Berbasikal Sarawak yang bertugas insiden itu terjadi selepas Nurfara dikatakan terlalai seketika yang menyebabkan dia gagal mengawal basikalnya sebelum terjatuh. 

Bagaimanapun tidak diketahui keadaan sebenar dan terkini pelumba tersebut ketika ini.

Advertisement

Must Watch Video