Ketua jurulatih pasukan tinju Perak, Md Nizahrudin Md Sani, berasakan walaupun pasukan bimbingannya tidak mengadakan latihan di luar negara berbanding negeri lain, namun baginya itu adalah langkah sertta pilihan yang tepat.
Dia membawa pasukannya mengadakan 'sparring' bersama pasukan tinju tentera Perak dan beranggapan ia sudah cukup sebelum bersaing di Sukma.
"Dalam Malaysia mereka yang menguasai, jadi tiada masalah jika kami berkerjasama dengan mereka. Saya berlatih bersama mereka untuk berikan motivasi serta saya lihat mereka ada keyakinan. Jia mereka sudah ada keyakinan maka tidak akan ada masalah.
"Tinju ini bila banyak 'sparring' maka akan banyak pengalaman. Maka mereka akan menerima lebih banyak tekanan. Itu yang penting dalam tinju." Kata Md Nizahrudin Md Sani.
Sementara itu, atlet tinju kategori 57 kilogram, Mohd Fareezad Mohd Tamisi, berharap segala usaha yang dilakukan adalah sebagai persediaan yang mencukupi sebagai bekalan untuk ke Sarawak.
Fareezad bagaimanapun tidak menjadikan penampilan keduanya dalam temasya itu sebagai tekanan untuk menyumbang sebarang pingat memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.
"Kami telah berlatih bersama askar, saya lihat semua rakan-rakan semakin baik. Insyaallah di Sukan Malaysia nanti pingat emas." Kata Mohd Fareezad Mohd Tamisi.
Saufi Tahir
Wed Aug 14 2024