Menjelang saingan Sukan Malaysia 2024 (SUKMA) XXI, kontinjen Wilayah Persekutuan (WP) meletakkan sasaran untuk muncul juara secara keseluruhan di Sarawak nanti.
Pasukan Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran sebanyak 70 pingat emas dalam saingan yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos nanti.
Menurut Che de Mission WP, Datuk Parang Abai, menjelaskan bahawa sebanyak 705 atlet bakal menggalas tanggungjawab bagi membawa misi sebagai pasukan pilihan untuk mendominasi setiap acara yang dipertandingkan.
Dalam temu bual bersama Nadi Arena itu, Nik Ahmad Zahirrudin yang merupakan Pengarah Operasi WP mahu anak-anak buahnya membutirkan kilauan pingat emas daripada pelbagai jenis sukan selain acara pilihan seperti taekwondo, karate, akuatik dan gimrama menjadi lubuk emas sejak edisi lalu.
Selain itu, kem WP turut menjanjikan insentif sebagai ganjaran buat atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas serta bonus bakal menanti sekiranya berhasil mendapatkan kedudukan dua terbaik secara keseluruhan.