Pemegang pingat gangsa bagi kategori 60kg sukan tinju edisi lalu, Mohd Ayub Firdaus Rosdi, perlukan usaha berganda sebaik kategorinya kini di ubah kepada 75kg menjelang Sukan Malaysia Sarawak (SUKMA) Ogos depan.
Walaupun berdepan kategori berbeza, Mohd Ayub tetap relevan meletakkan sasaran pingat emas Sukma kali ini meskipun mempunyai peningkatan berat badan dalam tempoh dua tahun.
Namun, Nohd Ayub tetap optimis dan tampil lebih matang apabila berada di bawah bendera Wilayah Persekutuan sambil menegaskan dia tidak kekok akan perubahan kategori di temasya tertinggi Malaysia itu nanti.
Ketika berhasil meraih pencapaian yang membanggakan, Mohd Ayub tetap mengakui bahawa dia merupakan seorang budak nakal dan pernah membuat kedua orang tuanya hilang kepercayaan terhadapnya suatu ketika dahulu.
Transisi perubahan kehidupan sehariannya berpunca daripada penglibatan sukan tinju yang diberikan oleh kontinjen MSWP sekali gus mendapat peluang kedua untuk terus membanggakan orang sekeliling termasuk keluarga tercinta.

Walaupun bakal beraksi dalam kategori berbeza, Mohd Ayub optimis ingin merangkul pingat emas buat dirinya! ???#MSPW #SukmaSarawak #SUKMA2024 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/mRLXhaauV9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 29, 2024