Pemenang pingat emas karate acara kata individu, Kojiro Yong, mudah menewaskan Anaquib Shahan Shah Ahmad Nubli yang mewakili Universiti Teknologi Inovasi Asia Pasifik di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024.

Mewakili Universiti Tunku Abdul Rahman, Kojiro berada dalam momentum terbaik selepas kali terakhir meraih emas adalah pada saingan Sukan Universiti ASEAN di Surabaya, Indonesia, Jun lalu.





"Perlawanan sangat bagus, saya sudah jangkakan kemenangan ini kerana saya sudah berlatih keras untuk menjadi juara.

"Saya sudah berlatih sejak 7 tahun, saya dedikasikan kemenangan ini untuk jurulatih saya dan keluarga." katanya.

Dalam kategori wanita pula menyaksikan, Lim Hui Ling, yang mewakili Universiti Sains Dan Pengurusan menewaskan Nurul Syafiqa Wan Shariman daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk muncul juara.