WUSHU
Sukan wushu sasar pingat emas Sukan Olimpik, rangka pelan jangka masa panjang
Sukan wushu bakal kembali mewarnai arena sukan negara apabila menerima peruntukan sebanyak RM180,000 bagi pengajuran dua program percarian bakat untuk mencari pelapis terbaru negara selepas suram dalam beberapa siri kejohanan akhir-akhir ini.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, yakin bahawa inisiatif tersebut akan mewujudkan sasaran pingat emas dalam Sukan Olimpik bagi tempoh lapan tahun dari sekarang.
Sukan Olimpik Brisbane 2032 menjadi sasaran utama jangka masa panjang, namun atlet negara terlebih dahulu perlu menguji kekuatan sebenar dalam saingan Olimpik remaja di Dakar, Senegal pada 2027.
Iklan
"Untuk di Bribane 2032, kami memang membuat kerja sehingga menghantar pelbagai surat permohonan membawa sukan ini ke Olimpik sebagai sukan baru dan sudah mendapat maklum balas yang positif," katanya.
Atlet berusia 10 tahun, Chlamous K Wong Shin Jay, bergelar juara remaja dunia bagi acara taijijian di Brunei, baru-baru ini sedia menjadi sandaran terbaik menjelang temasya paling berprestij itu pada 2027 dan 2032.
"Saya akan fokus dalam latihan dan jika ada pembetulan dari segi gerakan, saya akan pastikan ia jadi sempurna walaupun ada ketika saya perlu menjalani latihan sendirian," katanya.
Must-Watch Video