Atlet boling padang wanita negara, Nurul Alyani Jamil, memasang impian untuk kembali menghuni ranking kedua dunia World Bowls Series selepas kali terakhir berada di kedudukan tersebut pada Julai lalu.
Alyani menjelaskan untuk merealisasikan misi itu, dia perlukan sekurang-kurangnya mendapat kedudukan podium pada kejohanan ‘Malaysian Ppen – The Royal Patron’s Cup 2026’ yang dijadualkan berlangsung daripada 25 hingga 31 Oktober 2026, bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.
Atlet berusia 33 tahun kelahiran Kuantan, Pahang itu akan beraksi dalam tiga acara iaitu singles, pairs dan mix pairs.
untuk rekod, Alyani kini menghuni ranking keempat dunia dengan kutipan 703 mata keseluruhan.
"Semasa Sukan Komanwel saya tidak terpilih jadi ganggu ranking saya, saya mahu ambil peluang dalam kejohanan kali ini untuk sekurang-kurangnya podium dalam semua kategori.
"Dengan saingan pelbagai negara, atlet pelapis, masing-masing mahu menunjukkan teknik mereka. Saingan ini terbuka, kami perlu kerja lebih keras juga." katanya.