Sukan tarik tali bukan sekadar satu bentuk pertandingan kekuatan, tetapi juga mengandungi pelbagai elemen strategik, semangat berpasukan, dan nilai moral yang tinggi.
Dalam sukan ini, pergerakan ke belakang iaitu mundur bukanlah tanda kelemahan akan tetapi satu kekuatan berpasukan, ia adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan kedudukan yang lebih kukuh sebelum menarik dengan kekuatan maksimum. Konsep ini boleh diterjemahkan ke dalam kehidupan di mana langkah ke belakang kadangkala diperlukan untuk menyusun semula strategi dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Dalam sukan tarik tali, sifat degil dan tidak mudah menyerah adalah kunci utama kepada kejayaan. Setiap ahli pasukan harus mempunyai daya tahan mental yang kuat untuk terus berjuang meskipun berdepan dengan tekanan tinggi. Jangan sesekali mudah melepaskan tali, berpegang pada tali walaupun di seret dan di tertawakan. Kesediaan untuk bertahan dan tidak melepaskan tali dengan mudah mencerminkan prinsip hidup yang penting, iaitu kecekalan dalam menghadapi cabaran. Kekalahan dalam sukan ini juga harus diterima dengan bermaruah, di mana setiap pasukan perlu menghormati lawan dan menjadikan kekalahan sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki semula kesilapan dan kesalahan.
Selain itu, sukan tarik tali turut mengajar nilai kerjasama dan persahabatan yang mendalam. Setiap ahli pasukan perlu berfungsi sebagai satu unit yang bersatu dan saling memahami kekuatan dan kelemahan masing masing, di mana setiap tarikan mestilah di selaraskan agar memberikan impak yang maksimum terhadap pihak lawan. Pergerakan kaki, tangan dan badan secara bersama. Sukan ini mengajar prinsip 'susah sama-sama, senang sama-sama', di mana kejayaan pasukan bergantung kepada usaha kolektif dan bukan kepada individu semata-mata. Hal ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam konteks bekerja dalam pasukan di organisasi atau komuniti masyarakat.
Pergerakan ke belakang secara seragam dalam sukan tarik tali menyerupai formasi dalam kawad kaki, yang menuntut disiplin tinggi dan koordinasi yang baik antara ahli pasukan dan perlu berlatih dalam tempoh jumlah jam yang lama bagi mendapat keserasian pasukan. Strategi ini membolehkan pasukan mengumpul momentum tinggi sebelum melancarkan daya tarikan yang lebih kuat untuk menewaskan pihak lawan. Disiplin dan keseragaman dalam sukan ini membuktikan bahawa kemenangan bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikal, tetapi juga kecekapan taktikal dan kesepaduan pasukan.
Sukan tarik tali juga mempunyai sejarah yang membanggakan kerana pernah menjadi salah satu acara dalam Sukan Olimpik dari tahun 1900 hingga 1920. Walaupun kini ia tidak lagi termasuk dalam acara utama Olimpik, sukan ini tetap mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui pelbagai kejohanan dunia. Keunikan sukan tarik tali sebagai sukan yang memerlukan kombinasi kekuatan, teknik, dan strategi menjadikannya relevan untuk dipelajari dan diamalkan sehingga hari ini. Walaupun di Malaysia, sukan ini di minati dan di jalankan dalam setiap acara sukaneka, perlu lakukan aktiviti pemanasan badan dan jangan paksa diri melebihi kemampuan diri kerana sukan tarik tali bukan sukan kaleng kaleng.
Implikasi sukan ini dalam kehidupan moden sangat luas, khususnya dalam aspek kepimpinan dan daya tahan mental. Pemimpin yang baik perlu tahu bila untuk bertahan dan bila untuk bertindak, sama seperti strategi dalam tarik tali. Semangat juang dan kecekalan yang diterapkan dalam sukan ini boleh membantu individu untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan dan kerjaya. Sukan Tarik tali juga mengajar kita agar berdisplin dan berusaha untuk mencapai kejayaan sendiri tanpa menjatuhkan orang lain. Penglibatan anak muda dalam sukan ini mengajar erti usaha untuk berjaya tanpa mudah menyerah kalah.
Kesimpulannya, sukan tarik tali bukan sekadar permainan kekuatan, tetapi juga satu bentuk seni strategik yang mengajar ketabahan, kerja berpasukan, pantang menyerah kalah dan nilai kehormatan dalam perjuangan. Dalam kehidupan, kita juga sering menghadapi situasi di mana langkah mundur ke belakang di perlukan sebelum meneruskan perjuangan dengan lebih berkesan. Oleh itu, sukan tarik tali harus terus di promosikan bukan sahaja sebagai satu bentuk riadah dalam acara sukaneka, majlis perasmian atau pertandingan, tetapi juga sebagai satu alat pembelajaran yang berharga dalam membentuk individu dan masyarakat yang lebih berhikmah dan berdaya saing atas usaha berpasukan. UTM Sanjungan Bangsa. Kerana Tuhan Untuk Manusia.
Disediakan oleh:
Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip
Pensyarah kanan sains sukan
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi UTM