Atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli, mengakui sukar untuk memberi fokus lebih kepada sesi latihan jika berada di Malaysia ekoran diganggu jadual program harian dan mingguan yang telah ditetapkan untuknya.
Ziyad memerlukan fokus terbaik andai mahu melunaskan hasrat ke Sukan SEA Kuala Lumpur, namun dia tidak dapat mengelak perkara luaran yang mengganggu tumpuannya sepanjang berada di tanah air.
Ziyad menegaskan latihan di luar negara membuatkannya lebih serius dan fokus dengan pelan latihan yang ditetapkan untuknya manakala latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) menghadirkan pelbagai kekangan yang sering mengganggu tumpuannya.
"Terlalu banyak program yang mengganggu saya. Di luar negara, saya dapat memberi fokus 100 peratus kepada sesi latihan. Tetapi sebaik tiba di Malaysia, ada macam-macam program menanti saya, jadi senario itu agak melambatkan proses latihan saya," jelasnya.
Ziyad berlepas ke Bangkok, Thailand, hari ini bersama-sama barisan atlet kebangsaan yang lain, dengan misi memperbaiki catatan semasanya, 16.54 meter.
Mengaku objektif itu bukan perkara mudah, Ziyad tidak mahu ketinggalan begitu lama selepas cemerlang dalam Sukan Paralimpik Rio, tahun lalu.
"Saya mengejar teknik saya, latihan sahaja tidak cukup jika teknik terbaik gagal dikuasai. Saya ketika ini sedang cuba mendapatkan kembali teknik saya," tambahnya.