Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, enggan terburu-buru memperbaharui rekod kebangsaan milknya sendiri, sebaliknya menitikberatkan risiko kecederaan yang boleh berlaku dalam Terbuka Thailand.
Zaidatul -- yang memegang rekod kebangsaan 11.45 saat dalam acara 100 meter -- hanya mahu melakukan yang terbaik di Thailand.
Bukan bermakna dia mengambil mudah akan kejohanan tersebut, sebaliknya mahu lebih berwaspada akan kecederaan yang boleh berlaku jika terlalu memikirkan sasaran tinggi.
Apa yang lebih penting bagi atlet berusia 23 tahun ini adalah bertanding dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
"Bagi saya, mental dan fizikal perlu kuat. Sasaran utama saya adalah Sukan SEA akan datang.
"Bukan untuk simpan tenaga, sebaliknya saya perlu memastikan risiko kecederaan dapat dielakkan," ujarnya.
Sesi latihannya dalam bulan Ramadhan setakat ini tidak terjejas, dengan Zaidatul masih mampu menyesuaikan diri sebelum berlepas ke India bagi menghadapi Kejohanan Trek dan Padang Asia, bulan depan.
"Tekanan bukan satu isu. Bagi saya, hanya beri fokus lebih terhadap sesi latihan," tambahnya.