Bekas pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA, Yuan Yufang, mengambil keputusan drastik meninggalkan kerjaya sebagai jurulatih jalan kaki negara demi membuat penampilan semula dalam temasya Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.
Meskipun sudah berusia 41 tahun, namun semangatnya tetap membara untuk mewakili negara.
Dia meninggalkan kerjaya sebagai jurulatih jalan kaki negara tahun lalu dan fokus terhadap persiapan untuk membuat penampilan semula.
Keputusan itu berbaloi apabila dia sudah memenangi beberapa perlumbaan maraton bertaraf antarabangsa, sekaligus melaungkan amaran untuk merampas pingat emas acara 10km jalan kaki.
"Saya masih mampu melakukannya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan ramai lagi yang telah memberikan sokongan kepada saya.
"Saya rasa kepulangan ini bukannya aksi terakhir saya, mungkin saya akan kembali dalam kejohanan selepas ini," jelas Yufang.
Yufang memiliki reputasi besar di pentas Asia Tenggara kerana sudah memenangi tujuh pingat emas di pentas Sukan SEA dengan kali terakhir melakukannya pada edisi 2009.
Dia juga membuat penampilan dalam tiga temasya Sukan Olimpik selain daripada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Tahun 1999 di Sukan SEA Brunei, saya telah menyertai dua acara, iaitu 10km jalan kaki dan 10km lari, dan mendapat pingat emas dalam kedua-dua acara itu.
"Ketika itu tahap kesukaran lebih tinggi berbanding sekarang. Jadi, jelas saya bersedia untuk menempuhnya sekali lagi."