Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) meletakkan sasaran meraih dua pingat daripada empat acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand pada Disember depan.
Presiden MABA, Datuk Seri Lee Tian Hock, percaya terhadap skuad negara mampu menggalas cabaran tambahan bagi menepati sasaran dua kali ganda berbanding edisi lalu.
"Kami akan menyertai kategori tiga lawan tiga yang menawarkan dua pingat dalam dan dua lagi dalam lima lawan lima.
"Kali ini kami sasar dua medal dan mengharap keputusan yang lebih baik.
"Edisi lalu kami sasarkan satu pingat jadi biar saya kasi tekanan kepada pasukan," katanya yang ditemui dalam Sidang Media Jelajah Asia Austin Reaves di Kuala Lumpur.
Tian Hock turut mengesahkan skuad negara sedang aktif mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara, termasuk di Chinese Taipei dan China, bagi membiasakan diri menentang lawan yang lebih besar fizikalnya.
Dalam masa sama, MABA berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat mempercepatkan kelulusan tiga pemain naturalisasi iaitu dua dari Amerika Syarikat dan seorang dari Afrika Selatan yang sudah dua bulan menunggu keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dua daripada mereka sudah pun beraksi bersama skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.
"Kalau tidak sempat (maka) kami akan gunakan pemain tempatan.
"Pasukan kebangsaan sudah pun memulakan persiapan sejak selepas Sukan SEA Kemboja.
"Tahun ini kami menghantar pasukan termasuk pemain naturalisasi berlatih di luar negara.
"Dua minggu lalu mereka mengadakan persiapan di Taiwan dan esok mereka akan ke China pula," katanya lagi.