Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Senarai nama atlet olahraga akan keluar dalam masa terdekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sea.jpg
Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil, berpuas hati dengan prestasi atlet kebangsaan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang juga merupakan kejohanan terakhir untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.

Ini termasuk dengan kejayaan rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan oleh atlet baling tukul besi negara, Grace Wong, dalam kejohanan yang sama.

"Ia menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dan membanggakan.

"Kita berada di landasan terbaik untuk semua atlet boleh mempamerkan persembahan memukau dalam Sukan SEA nanti.




"Terbuka Malaysia merupakan penentuan buat atlet yang betul-betul layak," katanya di Nadi Arena.

Manshahar juga berkongsi bahawa senarai nama rasmi yang akan ke kejohanan dwitahunan itu hanya akan dikeluarkan selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan yang dijangka akan berlangsung pertengahan bulan ini.

Advertisement

Must Watch Video